Mula-mula aku dgr kopi Civet atau kopi Luwak aku terus tanya,
Civet tu binatang ape (dgn mmg sangat la tak yakin yang Civet tu ape benda).
Sekali betul daaa. Civet memang sah binatang rupanya..
Civet Cat. begini lah rupa Civet Cat dan berry yang civet tu makan untuk
menghasilkan Kopi istimewa dan mahal ini.
Kopi Luwak atau Civet coffee ni sebenarnya dari berry kopi yang telah dimakan oleh Luwak (sejenis mongoose atau musang) di Indonesia.
bila dah kenyang sat lagi dia akan keluarkan dari bahagian yang sepatutnya.
apa yang tak dihadam itu lah yang akan di proses, seterusnya terhasillah Kopi Istimewa ini.
Biji kopi yang tak dihadam itu akan dicuci dan dipanggang sebentar ..
Aiyoo.. macam mane lah agaknya.. ni cerita benar ni ye, bukan rekaan semata mata.
tiada kaitan dgn yang lain kecuali si civet cat ni dan para peminum kopi ni je. haha.
Civet memang dipelihara dan diberi makan berry kopi untuk mendapatkan hasilnya, kaya orang pelihara Civet ni.. oi, jual taik pon boleh kaya, jgn pandang rendah.. jgn jual taik sendiri sudah la.. takde nilai!! haha
Kopi Luwak ni pulak, adalah antara kopi yang termahal di dunia…kerana RARERITYnya.
rasanya juga berbeza beza, bergantung kepada kualiti berry yang dimakan oleh Civet.
Harganya antara $120 hingga $600 USD satu pound. Kebanyakannya dijual di Jepun dan US.
export lagi tuh.. gila babas.
aku salute kat Civet and orang yang jadi kaya sebab Civet ni.
oh lupa nak taip, tempat pemprosesan ni kat Sumatera, bali, sulawesi.. indonesia lah tuh.
hahaha..
No comments:
Post a Comment